BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
.dis blog is all ab0ut my *favourate* f0od.
.time to cook! lets g0!.
..

♥ since 4 jan 2010 ♥

web counter

Wednesday, January 27, 2010

bingka tepung



BAHAN-BAHAN :

*500 gm tepung gandum
*4 mangkuk santan (diambil daripada 1½ biji kelapa)

*2 cawan gula

*2 biji telur ayam

*½ cawan jus pandan

*Sedikir garam
*Sedikit minyak



CARA-CARA :

1 : Ayak tepung gandum ke dalam mangkuk.
2 : Pukul telur dengan gula hingga kembang.
3 : Kemudian masukkan ke dalam mangkuk tepung.
4 : Masukkan juga sedikit garam, santan dan jus pandan.

5 : Setelah itu, adun hingga rata dan sebati.

6 : Pastikan tepung adunan tidak berbiji.

7 : Sapukan acuan dengan sedikit minyak.

8 : Panaskan acuan sebentar, kemudian tuangkan adunan tepung tadi ke dalamnya.

9 : Setelah itu, bakarlah hingga masak.

10 : Setelah masak, sejukkan dahulu sebelum dipotong.



>> mase bakar bingka, wajib tutup acuan. jangan lupe tutup dan letakan sedikit bara (arang) bagi menjadikan bingka lebey sedap!!




lots of lurve from messy..

Sunday, January 24, 2010

kek puding karamel..



GULA KARAMEL

- 1 cawan gula
- 1 cawan air


UNTUK ADUNAN PUDING
- 1 tin susu cair (boleh jugak nak ganti ngan fresh milk tapi mis tak suka guna yg full cream tue, it's too milky...muakss)
- 4-5 biji telur (sape suka telur lebih ley tambah lagi...hee)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 3 sudu kecil gula (kalau sape suka manis ley lebihkan sket tapi jgn lebih banyak sgt coz gula karamel tue da manis..nant kena diabetes =P)


CARA-CARANYA :

1- Mula-mula buat gula karamel tue.. Cairkan gula dengan api sederhana.. gula nie kena kacau selalu sampai la sume gula tue cair n jadik warna coklat. Jangan sampai gula tue over hangus or terover pucat.. nant karamel tak cantik n rasa pun tak sedap.. =)

2- Bila da tukar warna coklat, perlahankan api n terus masukkan air (prepare air tue siap2 kat tepi). take care tau masa masukkan air nie..nant gula tue melotop..=)

3- Lepas da masuk air, besarkan semula api n kacau2 sampai gula dan air tue larut sebati.

4- Kemudian masukkan gula karamel tue kat dasar acuan/loyang untuk dibakar (bekas tahan panas). Sejukkan dulu pada suhu bilik then keraskan karamel nie dalam peti beku tue..


sambil tunggu tue kita buat adunan puding...

1- Masukkan jek semua bahan untuk puding dalam pengisar (blender) or pengadun (mixer).

2- Kemudian adunkan bahan2 tue sekejap jek.. jaz supaya bahan tue tersebati. Jangan sampai kembang... ketepikan then tunggu sekejap sampai gula sejuk sikit.

3- Sementara tue, sediakan dulang pembakar yang diletakkan air dalam oven (alamak tak tau la pe nama teknik nie.. heh)

4- Bila da ok, perlahan-lahan tuang adunan puding dalam acuan gula karamel tadi.

5- Masukkan dalam oven yang beralas dulang pembakar yang ada air tadi dan bakar dengan suhu 160-180 darjah celcius, lebih kurang 40 minit.

6- Then tunggu sambil tengok tv..=D

7- Bila da cukup 40 minit try cucuk ngan garfu tgk da masak ke tak.. hahaa.. klu dah kompem masak then sejukkan sekejap pada suhu bilik.

8- Bila da sejuk, terbalikkan puding ni pada dulang yang leper (better keluarkan dulu air gula karamel tue supaya senang nak terbalikkan)

9- Sejukkan dalam peti ais.. sila menunggu dengan sabar...

10- nyum2 yummy!! jom makan.. =D


JOM MAKAN... ngeeee..





lots of lurve from messy..

Thursday, January 21, 2010

biskut goreng sardin



BAHAN-BAHAN ( utk 2 orang makan )

* 8 keping - biskut kraker
* 1 tin kecil - ikan sardin (opptional tuna pun ok)

* 2 sd (B) - mixvegetarian (kacang hijau,jagung,carrot)

* 1 biji - telur gred A

* sedikit - garam

* cili sos / mayonis

* sedikit minyak - untuk menggoreng


CARA-CARA : -

1. dalam 1 mangkuk masukkan ikan sardin dan lenyekkan jgn terlalu hancur (ikut selera)


2. masukkan mixvegetarian (kacang hijau, jagung,carrot) gaulkan sebati


3. mangkuk ke-2 pecahkan telur + garam dan kacau (macam nak goreng telur)


4. ambil 1 keping biskut letakkan isi sardin yang telah digaul sebati ditengah2 biskut dan ambil 1 keping lg biskut utk lapisan atas. (mcm buat sandwich juga...)


5. Celupkan sepenunya biskut yg dah siap diletakkan sardin td dlm mangkuk 1 yg ada kacauan telur.


6. mula menggoreng selepas minyak dipanaskan dalam kuali.


7. selepas toskan minyak biskut yang telah digoreng tadi...sedia utk dimakan terutama masih suam2..




HAPPY TRYING!! *_^




lots of lurve from messy..

Wednesday, January 20, 2010

tart telur



BAHAN-BAHAN ( 30 keping )

PASTRY
* 200g butter
* 80g gula aising
* 360g superfine flour
* 1biji telur

* 1/2 sudu kecil esen vanila


FILLING
* 1 cawan susu cair
* 4 biji telur

* 1 cawan gula

* 1 cawan air
* 1 sudu besar tepung kastard
* 1/2 sudu kecil esen vanila

* pewarna kuning



CARA-CARA :

1. Pukul butter dan gula sampai kembang.


2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.

3. Masukkan tepung sampai jadi doh.


4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.

5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.


6. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.


7. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.




JANGAN LUPE TRY KEY!!! *_^




lots of lurve from messy..

Monday, January 18, 2010

kentang putar ala KFC


BAHAN-BAHAN ( 2 org )
*5 biji ubi kentang
*butter (klu yg 4 segi tu, gune 1/2 pon cukup)
*1/2 cawan tepung jagung (bancuh dgn air)
*1 kiub ayam (nk gune stok ayam pon boleh..sukatan sesedap rasa)


CARA-CARA PENYEDIAAN :
1: utk smashed potato: rebus kentang hingga betul2 lmbut dan lenyekkan sesedap rasa..hehe.ketepikan.ha pastu watla bentuk bulat ke, segi4 ke..depends.
(dah siap la utk mkn..lalala)

2: utk gravy (kuah): cairkan mentega atas api sederhana.dah cair, masukkan bancuhan tepung jagung.kacau..kacau..dah perang sket masukkn kiub ayam lak.kacau lg smpi mendidih.siap.

3: mknlah smashed potato tu ngn gravy..sedaapp..menjilat kaki!




ALA2 KFC GTUE.. I LYKE!!




lots of lurve from messy..

Sunday, January 17, 2010

roti telur berkeju

BAHAN-BAHAN ( 2 org )

* 4 keping roti
* 1 biji telur
* 2 keping slice cheese
* 2 sudu minyak msk


CARA-CARA :-

1. Pukul telur. Potong bahagian tepi roti.

2. Ambil dua keping roti dan letak kepingan cheese di tengah2. Belah dua. Buat lagi sampai abis.

3. Panaskan minyak. Celup roti ke dalam telur dan gorengkan di atas kuali. Seelok2nya guna kuali non-stick frying pan.Takde pun tkpe.. kuali biasa jek la..

4. Pastu balik2kan sampai la kekuningan. Siap!




MAKAN TIME PANAS2 YER.. SELAMAT MENCUBA..




lots of lurve from messy..

Saturday, January 16, 2010

krim puff


BAHAN PASTRY:

*30 gm air
*190 gm mentega
*secubit garam
*240 gm tepung gandum
*9 biji telur


CUSTARD CREAM:

*55 gm custard powder
*2 biji telur
*1 tin susu cair - dibahagikan dua
*225 ml air
*160 gm gula
*½ sudu makan mentega
*sedikit esen vanilla


CARA UNTUK MEMBUAT PASTRY :

1: 1 tin pembakar kuih dialas dasarnya dengan kertas alas kuih.
2: Tuangkan air, mentega dan garam kedalam mangkuk dan jerangkan diatas dapur hingga mendidih.
3: Apabila sudah mendidih, tuangkan tepung kedalam dan kacau dengan segera.
4: Masak hingga adunan menjadi satu 'dough' yg besar dan tak melekat ditepi periuk. Turunkan dari dapur dan salinkan ini kedalam mangkuk pemukul dan biarkan adunan sejuk sebentar.
5: Sesudah itu, pukul adunan sambil menuangkan telur sedikit demi sedikit hingga habis. (sehingga boleh jatuh dari sudu).
6: Masukkan adunan kedalam piping bag dan dgn menggunakan nozzle bintang, terapkan bulatan kecil-kecil.
7: Bakar diketuhar selama 25 min dgn suhu 200 darjah.
8: Bila sejuk, belahkan dua (tapi jangan putus) dan isikan dengan custard cream.


CARA UNTUK MEMBUAT CUSTARD CREAM:

1: Bancuh custard powder dengan telur dan setengah tin susu cair.
2: Tapis dan ketepikan.
3: Air, setengah tin lagi susu cair dan gula dimasak diatas dapur hingga hampir mendidih.
4: Kemudian kecilkan api dan masukkan bancuhan telur dan custard powder tadi. Kacau adunan ini senantiasa hingga adunan agak pekat.
5: Apabila sudah pekat, masukkan mentega dan esen vanilla.
6: Sejukkan krim ini sebelum diisikan kedalam pastry tadi.






RUGI KALU TAK TRY.. MEMANG SEDAP! ^_^




lots of lurve from messy..

Friday, January 15, 2010

muffin coklat pisang


BAHAN-BAHAN ( 10 biji )

* 100g pisang
* 100g tepung gandum
* 50g mentega-cairkan
* 20g serbuk koko
* 50g gula halus
* 1 biji telur- suhu bilik
* 1 sudu kecil baking powder
* 50ml susu segar
* walnut secukupnya (optional)


CARA-CARA :

1. Panaskan oven sehingga 180C. Pukul sedikit telur dengan garfu *tak perlu kembang.

2.Masukkan gula, tepung gandum, serbuk koko dan baking powder ke dalam plastik. Tutup mulutnya dan goncang biar semuanya sebati


3.Masukkan pisang ke dalam mangkuk. Lenyekkan dengan garfu.


4.Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau


5.Kemudian masukkan pula telur. Kacau biar sebati.


6.Lepas tu masukkan pula tepung yg dalam plastik tadi dan kacau.


7.Akhir sekali masuklah mentega cair tadi. Kacau biar sebati. Kemudian dengan sudu cedukkan ke dalam muffin cup. Isikan dengan 2/3 penuh.


8. Letakkan walnut di atas setiap bekas muffin tadi. Bakar selama 25-30 minit.




SIAP!! DAH BOLEH MAKAN..


>> kene merekah baru sedap, messy punya penyek.. sob3.. :(





lots of lurve from messy..

Thursday, January 14, 2010

nasi goreng - versi mudah

BAHAN-BAHAN ( 2-3 orang )

* 3-4 cawan nasi
* 1 tangkai cili merah-dhiris (boleh tmbh cili padi jika suka pds)
* 2 ulas bawang merah-dihiris
* 1 ulas bawang putih-dihiris
* Segenggam ikan bilis
* Garam dan perasa secukupnya
* Minyak msk secukupnya untuk menumis
* 2-3 btg kacang pjg(optional)-dpotong kecil2


TEKNIK :

1. Panaskan minyak..goreng ikan bilis hingga garing dgn api sederhana,jgn smpai hangus pula. Masukkan bhn yg dhiris dan kacau goreng sehingga bawang kekuningan.

2. Masukkan nasi dan kacau seketika. Buat lubang di tgh dan masukkan kcg pjg,timbus dgn nasi.Sebarkan garam dan perasa.

3. Kacau goreng sehingga nasi tiada yg berketul lg dan kacang sdh kelihatan msk. Padamkan api dan sedia utk dhidangkan panas2.

4. Juga sesuai utk bekal sbb sejuk2 pun masih lg sedap.. :)





sesuai untuk si ' PEMALAS '.. ngeee.. :P




lots of lurve from messy..

tart coklat

BAHAN-BAHAN ( dalam 100 keping )

* 250 gm (1 buku) butter
* 1 cawan gula halus
* 2 biji telor
* 1 sudu teh esen vanila
* Tepung gandum secukup adunan
* 125gm cokolat masak
* 25gm shortening
* 25gm butter/margerin
* 2 sudu makan susu segar


CARA-CARA :

1. Pukul butter dan gula sehingga sebati

2. Masukkan vanilla essence serta telur dan kacau hingga sebati

3.Masukkan tepung sedikit-sedikit sehingga ia menjadi doh (sehingga adunan tak lekat di mangkok)

4.Canai adunan agak2 ketebalannya.

5.Terap menggunakan cetak kuih tart.

6. Bakar dengan gas mark 4 selama lebih kurang 20 minit atau hingga kekuningan.

7.Sementara tart sejuk, masukkan semua bahan dalam mangkok.

8.Masukkan ke dalam microwave selama 1 atau 2 mins.

9.Keluarkan dari microwave dan kacau hingga sebati.

10. Ambil sedikit cokolat yang telah cair dan letakkan ke atas tart yang telah sejuk.

11.Boleh dihiaskan dengan manik jika suka.




agak complicated skit teknik dia, tapi boleh la cuba bagi penggemar tart.. JUZ LIKE ME!!!




lots of lurve from messy..

Wednesday, January 13, 2010

cekodok roti

BAHAN-BAHAN ( seisi keluarga boleh makan )

* roti sandwich (yang dah dekat expired or dah keras)
* udang segar or udang kering
* 1 sudu kecik serbuk kari (kalau dpt serbuk kari ikan,kalau tidak tak kesah apa2 pun)
* bawang besar - 1 biji
* telur ayam - 1 biji
* serbuk perasa + garam
* sedikit tepung gandum


CARA-CARA :

1. potong udang segar - kecil2 , kalau guna udang kering - rendam dan tumbuk kasar2

2. potong bawang besar - dadu


3. rendam roti dlm air sejuk sebentar , supaya kembang, dah kembang keluarkan dari air dan hancurkan kasar2.


4. satukan roti, tepung gandum, bawang, serbuk kari, telur dan serbuk perasa. bancuh mcm buat cekodok biasa .


5. goreng hingga kekuningan, makan masa panas2 bersama sos cili thai...kalau tak ada apa2 cili sos pun ok jugak





lebih jimat dari biasa.. ngeee..




lots of lurve from messy..

cold spaghetti salad

BAHAN-BAHAN ( 2 orang )

* 200g spaghetti
* mini tomato
* 2 helai lettuce
* italian salad dressing
* paprika (optional)


CARA-CARA PEMBUATAN :


1. Rebus spaghetti dengan sedikit garam sehingga lembut
2. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan lain.
3. Simpan dalam peti sejuk sebelum dimakan





SESUAI UNTUK YANG NAK BERDIET!!




lots of lurve from messy..

Tuesday, January 12, 2010

kuih seri muka

BAHAN-BAHAN ( size loyang 22cm / 3'' )

* Bahan lapisan bawah:-
* 500gm beras pulut
* 400ml santan cair
* 1 st garam
* 2 sm minyak
* Bahan lapisan atas:-
* 120gm tepung gandum
* 3 sm tepung jagung
* 140gm gula
* 3 biji telur
* 450ml santan pekat
* 1/2 st garam
* 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)


CARA-CARA :

1. Untuk lapisan bawah:-
2. A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
3. B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
4. C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
5. D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
6. E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
7. F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.

8. Untuk lapisan atas:-
9. 1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.

10. 2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...

11. 3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!

12. 4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....

13. PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan!





walopon agak complicated ckit teknik dia, tapi puas aty kalu hasil air tangan sendiri! ta gtue?.. ngeee..


>> truely fr0m meSsy.. (^_^)

kek gula hangus


BAHAN-BAHAN ( 5 orang )

* 2 cawan gula pasir
* 2 cawan air
* 150gm buttercup
* 2 cawan tepung gandum
* 2 sudu soda bikarbonat
* 1/2 tin susu pekat
* 5 biji telur
* 1 sudu kecil esen vanilla


CARA-CARA :

1. masak gula pasir menjadi gula hangus, pas tu baru masuk air, biarkan sejuk baru masukkan buttercup

2. pukul telur bersama susu pekat dan esen sehingga sebati.

3. tepung dan soda mestilah diayak. kemudian masukkan tepung ke dalam adunan telur berselang seli ngan gula hangus, gaul sebati.

4. masukkam ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit.




memang s0dap!!!!


>> truely fr0m meSsy.. (^_^)

Monday, January 11, 2010

chocolate lanza cookies

BAHAN-BAHAN ( +- 50 biji )

Bahan A
* 125 gm butter
* 50 gm gula icing
* 1 biji kuning telur
* ¼ sdt ovalette
* ½ sdt coffee emulco
* ½ sdt esen vanilla

Bahan B
* 130 gm tepung gandum
* 60 gm tepung kastad
* 30 gm gajus kisar
* 50 gm kacang tumbuk
* 30 gm chocolate rice

Hiasan : Chocolate Rice & Kacang Tumbuk


CARA-CARA :

1. Sebatikan semua bahan A.

2. Masukkan bahan B dan uli lembut. Terap dan sapukan dengan kuning telur dan letakkan kuaci di tengahnya.

3. Note : Atas cookies tu..bole letak badam yang kasar dan tumbuk2 skit gitu..




bg y suke cookies mcm messy bole la try.. :D


>> truely fr0m meSsy.. (^_^)

jelly kelapa

BAHAN-BAHAN ( 12 cup )

* 1 peket serbuk agar2 10gm (jenama jim willey (koniyaku)
* 1 mug gula
* 4 mug air
* 4 mug air kelapa muda
* isi kelapa


CARA-CARA :

1. gaul serbuk agar2 dan gula
2. didihkan air bila mengelegak campurkan agar2 tadi
3. kacau sampai hancur
4. tutup api masukakn air kelapa muda tadi gaulkan.
5. masukan isi kelapa tadi kedalam cup dan tuang jelly tadi sejuk kan dan baru masukkan ke dalam peti ais
6. makan waktu sejuk baruuu best...wwwaaaalllaaaahhh!!!





pat0t d-try okey! (^_^)


>> truely fr0m meSsy.. (^_^)

Sunday, January 10, 2010

donut


BAHAN-BAHAN ( 12 biji )

* 200g tepung roti
* 100g tepung biasa
* 100g taufu (cotton taufu)
* 6g yis kering
* 5g garam
* 20g mentega
* 40g gula halus
* 1 biji telur
* 1 sudu susu segar suam atau air suam
* minyak untuk menggoreng


CARA-CARA :

1. Sediakan semua bahan. Biarkan semua bahan berada dalam suhu bilik. Keluarkan air dari tauhu tapi tak perlu dikeringkan.

2. Letakkan tepung, yis, garam, gula halus dan mentega ke dalam mangkuk. Gaulkan bagi sebati.


3. Buat lubang di tengah. Masukkan taufu, telur dan susu atau air. Uli biar jadi doh. Kalau keras boleh tambah susu atau air sedikit demi sedikit atau kalau terlembik, tambahlah tepung roti sikit demi sedikit.


4. Sapukan sedikit minyak pada mangkuk. letakkan doh tadi. Tutup dengan cling film. Biar doh naik 2 kali ganda


5. Bahagikan doh kepada 12. Buat bentuk bulat. Biarkan selama 15 minit.


6. Kemudian buatlah macam bentuk donut. Biar naik 2 kali ganda lagi


7. Goreng dalam minyak penuh. Bagi dapatkan bentuk donut yang menarik, masa nak goreng tu, tarik-tarikkan lubang biar jadi lebih besar macam bentuk gelang.






SLAMAT MENCUBA!!


>> truely fr0m meSsy.. (^_^)

choco ball

BAHAN-BAHAN ( 15 biji )
* 70g tepung
* 30g serbuk koko
* 50g gula aising

* 2 sudu besar minyak masak

* 2-3 titik esen vanila (takde pun takpe)
* 1/4 sudu kecil baking powder
* gula aising secukupnya
* 2 sudu besar susu segar


CARA-CARA :
1. Panaskan oven pada 180degree
2. Letak dalam mangkuk tepung, baking powder, gula dan serbuk koko. Gaulkan biar sebati.
3. Masukkan minyak dan vanila. Kacau lagi
4. Masukkan susu. Kacau sampai jadi berketul
5. Ambik adunan tadi, letakkan dalam beg plastik. Tekan-tekan biar jadi padat.
6. Kemudian bulatkan kecil-kecil dalam 12-17g.
7. Bakar selama 15 minit. Kemudian sejukkan sekejap
8. Lepas tu boleh tabur gula aising .




JOM MAKAN!!!!


>> truely fr0m meSsy.. (^_^)

puding kastad

BAHAN-BAHAN ( 20 cm )
* 1 cawan tepung kastad

* 1 cawan gula
* 1 cawan jagung dalam tin
* 5 cawan santan
* sedikit garam



CARA- CARA :
1. Blend jagung. Kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas. Kacau sampai sebati

2. Masak di atas api yang sederhana. Sambil dikacau sehingga berkilat
3. Masukkan ke dalam loyang
4. Bolehlah dipotong apabila puding telah sejuk





siap pown!! simple jewp..


>> truely fr0m meSsy.. (^_^)

Saturday, January 9, 2010

kek batik biskut marie

BAHAN-BAHAN
1 bungkus (350g) biskut marie
Setengah buku butter
2 biji telur
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn milo
1 cwn air
3/4 cwn gula
** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko


CARA - CARA MASAK:
1: patah2kan biskut

2: dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut

3: masukkan butter,kacau sampai butter cair

4: kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api

5: masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)

6: masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidan





slamat mencube!!



>> truely fr0m meSsy.. (^_^)

Friday, January 8, 2010

bubur durian isi jagung..


BAHAN-BAHAN ( 4 Org makan )
3 jantung jagung (hiris ambil isinya sahaja)
10 ulas durian
1/2 cawan sagu (rendam dahalu serlama 1 jam)
1 ketul gula 'Gherek'
Garam dan gula putih secukup rasa
1 biji santan kelapa
3 gelas air
2 helai daun pandan (simpulkan)


CARA UNTUK MASAK:

1: Masukkan jagung, gula 'gherek', garam, gula putih, santan, air dan daun pandan ke dalam periuk.Jerang di atas api kecil hingga mendidih.

2: Masukkan sagu.Biarkan ianya kembang.Masukan pula isi durian.Masak hingga sedikit pekat.Siap utk dihidang.





simple jew kan, so slamt mencuba yewp!!! >_<


>> gula ' gherek' : gula merah..


>> truely fr0m meSsy.. (^_^)

Thursday, January 7, 2010

choc cheese cake

BAHAN

250g cream cheese
2 medium eggs
1 cup crushed/ blended oreo biscuits
4 sudu makan castor sugar
2 petak dark cooking chocolate - cairkan
2 sudu makan butter cair
1 sudu the vanilla essence
1 biji peach (dari tin) - cincang kasar


TOPPING

2 sudu makan whipped cream
½ camca teh serbuk gelatin [halal], cairkan sedikit
2 petak dark cooking chocolate


CARA MEMBUAT ADUNAN

1: Gaul oreo biscuits dengan butter yg dicairkan.
2: Tekan/padatkan pada loyang bulat 6" yg telah dilapik kertas minyak.
3: Biarkan di dalam peti sejuk sementara siapkan batter.
4: Panaskan oven pada 170celcius.
5: Mix cream cheese bersama gula hingga kembang.
6: Masukkan telur satu persatu continue mix @ low speed.
7: Masukkan vanilla essence.
8: Masukkan chocolate cair, mix hingga rata.
9: Masukkan peach yang telah dicincang, gaul rata.
10: Tuangkan ke atas oreo biscuits yg tlh ditekan ke dalam loyang.
11: Bake @ 160-170celcius selama 20-25minit atau bahagian tengahnya beku.
12: Sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang

CARA MEMBUAT TOPPING

1: Panaskan whipped cream sebentar.
2: M
asukkan gelatin & chopped cooking chocolate.
3: K
acau hingga sebati.
4: B
iarkan choc menjadi agak likat sebelum dituang ke atas kek.



MEMANG SODAP!!!! WAAAALLLAAAHH!!! (^_^)


>> truelY fr0m meSsy.. (^_^)

Tuesday, January 5, 2010

chocolate shake..


BAHAN-BAHAN :
2 sudu besar Milo
2 sudu besar susu Grow(perasa Coklat)
½ gelas aiskrim vanilla
½ gelas air masak


CARA-CARANYA :
1: Masukkan Milo dan susu Grow ke dalam bekas.
2: Masukkan air masak dan kacau sehingga larut.
3: Kemudian, masukkan aiskrim vanilla kedalam bekas tersebut dan kacau sehingga larut.
4: Dihidangkan serta merta.


CARA HIDANGAN
**Tidak perlu ditambah ais


*nak tambah krim pon bole.. ikut citarasa masing2..


siap sudaaa.. cepat kan?? xsampai 10 minit pown nak prepare.. ape lagik, TRY LA.. (^_^)



>> TrUeLy fRoM MiS MeSsY.. (^_^)

Monday, January 4, 2010

kek chocolate..


BAHAN A
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn air


BAHAN B

250 gm mentega
250 gm gula kastor
250 gm tepung kek self-raising blue key
7 biji telur
1 sudu teh esen vanila



Topping :
150 gm coklat masakan
90 gm krim segar
30 gm mentega
15 gm madu



Cara-caranya :
1: Masak bahan A di atas api yang sederhana sehingga cair. Tapiskan.
2: Pukul mentega bersama gula kastor sehingga sebati.
3: Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan esen vanila.
4: Masukkan tepung kek beselang seli dengan bahan A yang telah dicair dan di tapis tadi.
5: Kacau sebati.
6: Untuk topping, masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak cara stim (double boiler)sehingga cair dan licin.
7: Tuang di atas dan di tepi kek yang telah siap dibakar



hasilnya...




slamat mencuba yewp..



>> TrUeLy fRoM MiS MeSsY.. (^_^)