BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
.dis blog is all ab0ut my *favourate* f0od.
.time to cook! lets g0!.
..

♥ since 4 jan 2010 ♥

web counter

Saturday, September 18, 2010

bingka ubi




BAHAN-BAHAN:

  • 2 kg ubi kayu, dikupas, diparut dan disejat
  • 300 g gula pasir
  • 1 camca teh garam Sedikit pewarna kuning, jika perlu
  • 2 biji telur, dipukul sebentar
  • 500 ml santan daripada 1 biji kelapa


CARA-CARA:
  1. Masukkan ubi kayu parut di dalam mangkuk.
  2. Kemudian masukkan gula pasir bersama garam, pewarna kuning (jika perlu) dan telur.
  3. Kacau hingga ia sebati.
  4. Masukkan santan, kacau hingga ia sebati dan tidak berketul-ketul.
  5. Lengserkan sedikit minyak masak pada loyang bakar dan tuang bancuhan ke dalamnya.
  6. Bakar ia pada suhu 300'C, 30 minit atau hingga permukaannya kekuningan.
  7. Biar ia sejuk sebelum dipotong.





lots of lurve from messy..

Friday, July 2, 2010

lepat pisang




BAHAN-BAHAN
  • 4 biji pisang emas yang besar atau 3 biji pisang raja
  • 45 gm gula pasir
  • 30 gm tepung gandum (ayak)
  • 3 sudu besar kelapa parut (dibuang kulit arinya) & sedikit garam
  • 8 keping daun pisang anggaran
  • 1 helai daun pandan (dipotong)
  • 8 keping tiap-tiap satu
  • 5 cm panjang jika suka

CARA PENYEDIAAN:
  1. Sediakan pengukus: Jerang secerak air untuk penambahnya.
  2. Sediakan daun pisang: Basuh & celurkan daun pisang dalam air yang panas atau layur di atas api.
  3. Keringkan atau lap daun yang lembut itu.
  4. Sediakan buahnya: Kupas pisang & lecek dalam mangkuk adunan.
  5. Campurkan gula,kelapa parut & tepung. Kacau rata-rata.
  6. Letakan sepotong daun pandan di atas sehelai daun pisang & bubuh 1 sudu daripada adunan itu memanjang & ratakan.
  7. Balut adunan itu dengan daun pisang & lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran 12x11 cm.
  8. Letakkan dalam dulang pengukus & kukuskan selama 15-20 minit.
  9. Keluarkannya dari dulang pengukus & hidangkan dalam pinggan sama & panas atau sejuk.





lots of lurve from messy..

Thursday, April 22, 2010

bihun goreng utara



BAHAN-BAHAN :
  • 600 gm bihun kasar
  • 600 gm tauge
  • 300 gm kucai
  • 300 gm tauhu
  • 150 gm udang
  • 150 gm daging
  • 3 batang daun saderi
  • 3 batang daun bawang
  • 10 biji cili kering 6 biji cili merah
  • 3 biji telur
  • 2 biji limau nipis
  • 4 labu bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar minyak
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA-CARA :
1. Rendam bihun selama 1 jam untuk melembutkannya. Toskan.
2. Mesin atau tumbuk cili kering.
3. Potong daun saderi, daun bawang dan kucai sepanjang 1.5 cm.
4. Hiris bawang merah dan goreng untuk dijadikan bawang goreng.
5. Goreng tauhu dan kemudian potong 1 cm persegi.
6. Rebus telur dan potong bulat-bulat.
7. Bersihkan tauge dan toskan.
8. Potong daging sebesar 1.5 cm persegi dan rebus hingga empuk. Ketepikan.
9. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan cili mesin.
10. Masukkan daging, udang, garam dan gula. Masukkan bihun dan kacau hingga sebati.
11. Masukkan tauge, kucai dan kacau selama 5 minit.
12. Apabila menghidang taburkan tauhu goreng, bawang goreng, cili merah, telur, daun saderi dan daun bawang. Perah limau nipis ke atas masakan.





lots of lurve from messy..

Friday, April 9, 2010

kuih lapis



Bahan-bahan ( loyang besar utk 40 org )

* 1 cawan tepung beras
* 1/2 cawan tepung gandum
* 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
* 1 st garam
* 2 paket santan serbuk
* 1 st minyak masak
* 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
* 4 cawan air


Cara-cara

1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.

2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.


3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.


4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.


5. Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.


6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.


7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)


8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak







lots of lurve from messy..

Thursday, April 8, 2010

makaroni goreng pedas



BAHAN~BAHAN:

** 500 gm makaroni
** 300 gm daging cincang
** 1 tin cendawan butang [belah 4]
** 1 batang carrot [potong dadu]
** 3 biji buah tomato mengkal [potong dadu]
** 1 biji cili capsicum hijau [potong dadu]
** 5 biji cili merah [hiris kasar]
** 1 labu bawang kuning besar [potong dadu]
** 1 ulas bawang putih [cincang halus]
** 5 s/b cili mesin
** 3 s/b minyak
** garam
** daun sup & daun bawang [cincang halus]


CARA~CARA:


1. Didehkan air dan rebus makaroni sehingga lembut. Siramkan dengan air dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga layu dan wangi.

3. Masukkan cili mesin dan kacau rata. Masakkan sehingga naik minyak.

4. Masukkan daging dan kacau lagi sehingga nampak naik minyak.

5. Masukkan carrot , garam dan sedikit air. Kacau rata dan masakkan sehingga carrot lembut.

6. Masukkan pula makaroni, cendawan, tomato dan cili capsikum. Kacau rata.

7. Bila dah nampak sebati dan masak boleh hidangkan.

8. Taburkan daun sup dan daun bawang.


credit ; HERE





lots of lurve from messy..

Wednesday, February 10, 2010

mini popia hotdog




BAHAN-BAHAN ( 3 orang makan )

* kulit popia ( yang dibeli di pasaraya)
* hot dog


CARA-CARA

1. potong kulit popia kepada 4 bahagian

2. potong hotdog kepada 3 bahagian


3. ambil satu hotdog dan kulit popia dan balut.


4. goreng dengan minyak (kasi tengelam)


5. balik- balikkan popia supaya gorengan sekata


6. sedap dimakan sambil menikmati secawan kopi.





lots of lurve from messy..

Thursday, February 4, 2010

pengat pisang



BAHAN-BAHAN :

*1/2 tandan pisang emas
*500ml santan

*1 liter air

*200gm gula melaka

*1 helai daun pandan

*Garam secukup rasa


CARA MEMBUAT :


1. Masak air dan santan selama 5 minit


2. Masukkan gula melaka dan daun pandan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.


3. Pisang emas dibuang kulit dan dipotong serong setebal 2sm.


4. Setelah itu, masukkan pisang tadi ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.


5. Pengat pisang sedia dihidang panas.



>> nak letak kacang hijau pn bole.. ^_^




lots of lurve from messy..