BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
.dis blog is all ab0ut my *favourate* f0od.
.time to cook! lets g0!.
..

♥ since 4 jan 2010 ♥

web counter

Friday, January 15, 2010

muffin coklat pisang


BAHAN-BAHAN ( 10 biji )

* 100g pisang
* 100g tepung gandum
* 50g mentega-cairkan
* 20g serbuk koko
* 50g gula halus
* 1 biji telur- suhu bilik
* 1 sudu kecil baking powder
* 50ml susu segar
* walnut secukupnya (optional)


CARA-CARA :

1. Panaskan oven sehingga 180C. Pukul sedikit telur dengan garfu *tak perlu kembang.

2.Masukkan gula, tepung gandum, serbuk koko dan baking powder ke dalam plastik. Tutup mulutnya dan goncang biar semuanya sebati


3.Masukkan pisang ke dalam mangkuk. Lenyekkan dengan garfu.


4.Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau


5.Kemudian masukkan pula telur. Kacau biar sebati.


6.Lepas tu masukkan pula tepung yg dalam plastik tadi dan kacau.


7.Akhir sekali masuklah mentega cair tadi. Kacau biar sebati. Kemudian dengan sudu cedukkan ke dalam muffin cup. Isikan dengan 2/3 penuh.


8. Letakkan walnut di atas setiap bekas muffin tadi. Bakar selama 25-30 minit.




SIAP!! DAH BOLEH MAKAN..


>> kene merekah baru sedap, messy punya penyek.. sob3.. :(





lots of lurve from messy..

2 comments:

cikgu isza said...

leh cuba ni.. tima kasih

* mEsSy * said...

slamat mencube ek.. ta rugi try.. :)