BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
.dis blog is all ab0ut my *favourate* f0od.
.time to cook! lets g0!.
..

♥ since 4 jan 2010 ♥

web counter

Thursday, April 22, 2010

bihun goreng utara



BAHAN-BAHAN :
  • 600 gm bihun kasar
  • 600 gm tauge
  • 300 gm kucai
  • 300 gm tauhu
  • 150 gm udang
  • 150 gm daging
  • 3 batang daun saderi
  • 3 batang daun bawang
  • 10 biji cili kering 6 biji cili merah
  • 3 biji telur
  • 2 biji limau nipis
  • 4 labu bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar minyak
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA-CARA :
1. Rendam bihun selama 1 jam untuk melembutkannya. Toskan.
2. Mesin atau tumbuk cili kering.
3. Potong daun saderi, daun bawang dan kucai sepanjang 1.5 cm.
4. Hiris bawang merah dan goreng untuk dijadikan bawang goreng.
5. Goreng tauhu dan kemudian potong 1 cm persegi.
6. Rebus telur dan potong bulat-bulat.
7. Bersihkan tauge dan toskan.
8. Potong daging sebesar 1.5 cm persegi dan rebus hingga empuk. Ketepikan.
9. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan cili mesin.
10. Masukkan daging, udang, garam dan gula. Masukkan bihun dan kacau hingga sebati.
11. Masukkan tauge, kucai dan kacau selama 5 minit.
12. Apabila menghidang taburkan tauhu goreng, bawang goreng, cili merah, telur, daun saderi dan daun bawang. Perah limau nipis ke atas masakan.





lots of lurve from messy..

1 comment:

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

sye suke mee kuning yang beso tu...sedap..hehehe