BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
.dis blog is all ab0ut my *favourate* f0od.
.time to cook! lets g0!.
..

♥ since 4 jan 2010 ♥

web counter

Friday, July 2, 2010

lepat pisang




BAHAN-BAHAN
  • 4 biji pisang emas yang besar atau 3 biji pisang raja
  • 45 gm gula pasir
  • 30 gm tepung gandum (ayak)
  • 3 sudu besar kelapa parut (dibuang kulit arinya) & sedikit garam
  • 8 keping daun pisang anggaran
  • 1 helai daun pandan (dipotong)
  • 8 keping tiap-tiap satu
  • 5 cm panjang jika suka

CARA PENYEDIAAN:
  1. Sediakan pengukus: Jerang secerak air untuk penambahnya.
  2. Sediakan daun pisang: Basuh & celurkan daun pisang dalam air yang panas atau layur di atas api.
  3. Keringkan atau lap daun yang lembut itu.
  4. Sediakan buahnya: Kupas pisang & lecek dalam mangkuk adunan.
  5. Campurkan gula,kelapa parut & tepung. Kacau rata-rata.
  6. Letakan sepotong daun pandan di atas sehelai daun pisang & bubuh 1 sudu daripada adunan itu memanjang & ratakan.
  7. Balut adunan itu dengan daun pisang & lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran 12x11 cm.
  8. Letakkan dalam dulang pengukus & kukuskan selama 15-20 minit.
  9. Keluarkannya dari dulang pengukus & hidangkan dalam pinggan sama & panas atau sejuk.





lots of lurve from messy..

No comments: